suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GPS sapu 29 kerusi tanpa bertanding PRN Sarawak, baki 53 lagi jadi rebutan

GPS memerlukan 13 kerusi lagi bagi membentuk kerajaan pada PRN Sarawak ke-13.

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) memenangi 29 kerusi tanpa bertanding selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 berakhir.

Bagaimanapun, jumlah itu belum mencukupi untuk mencapai majoriti mudah 42 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan negeri.

Berdasarkan papan pemuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu, baki 53 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PRN Sarawak menyaksikan saingan satu lawan satu hingga empat penjuru.

Daripada 29 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding itu, 27 menjadi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), manakala dua lagi dimenangi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Selain PBB dan SUPP, GPS turut dianggotai Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Demokratik Progresif (PDP).

Terdahulu, sebanyak 82 pusat penamaan calon dibuka serentak pada pukul 9 pagi bagi menerima pencalonan untuk kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Bakal calon diberikan tempoh sejam sehingga pukul 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding di pusat masing-masing.

Turut diumumkan menang tanpa bertanding ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, ia merupakan petanda keyakinan rakyat terhadap pentadbiran GPS.

"Pertama, saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana ada tanda-tanda keyakinan rakyat di Sarawak kepada pentadbiran GPS yang menguruskan pembangunan di negeri ini.

"Saya juga ucap terima kasih kepada orang Gedong kerana memberi keyakinan kepada saya untuk menguruskan bersama rancangan yang sedang dilaksanakan hingga ke tahun 2030," katanya.

Artikel Lain